Selasa, 17 Jun 2014

Puisi Sangka Sangka

PUISI SANGKA-SANGKA


Manusia hari ini suka sangka-sangka 
Ada sangka baik Ada sangka buruk ..
Orang beribadah disangka riak 
Orang rileks disangka malas 
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
 Orang berpakaian buruk disangka hina ..
Orang makan banyak disangka pelahap
 Orang makan sedikit disangka diet ..
Orang yang senyum disangka mengejek
 Orang yang masam disangka merajuk .
Orang berbincang disangka mengumpat ..
Orang yang diam disangka menyendiri 
Orang yang menawan disangka menggoda 
Orang yang ceria disangka mengada ..
Orang yang bertanya disangka menyibuk Hakikatnya... 
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah 
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa 
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
 Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
 Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya 
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya 
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya 
Justeru itu….
 Sesuatu perkara yang kita lihat Jangan suka sangka-sangka Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa Kerap sangka-sangka mengundang celaka 
Jangan terlalu bersangka-sangka Jauhi sikap sangka-sangka


 "يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
 "Wahai orang-orang yg beriman, jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." (AlHujurat:12)

1 ulasan:

  1. Skunk ni mcm ramai yg suka b'samgka buruk je.....;-(

    BalasPadam