Isnin, 15 Julai 2013

IKHLAS


Rasa manis, tenang, damai, tenteram, aman dan sentosa belum tentu selamat. Bak kata pepatah, "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Dalam perjalanan kerohanian, jangan dilupakan iblis yang menipu. Dia mampu memperelokkan pandangan kejahatan itu.

Jangan perasan sudah sentiasa terselamat kerana dalam gelap dia boleh kelirukan kamu dan meletakkan dalam persangkaan bahawa kamu telah memahaminya. Jangan perasan sudah terbebas dari belitannya kerana boleh sahaja dia sesatkan kamu dalam terang dan memperdaya kamu dalam hujjah yang kononnya tiada lagi sanggahan.

Ingat! Iblis dahulu berjaya membalikkan Nabi Adam AS, apatah lagi kita yang entah-entah tidak kenal Allah langsung dan diajarkan asma' secara langsung. Kebenaran bukan pada ilmu dan hujjah yang tidak boleh dibantah, mahupun perasaan yang menyeronokkan dan membahagiakan. Walaupun ia tidak lain, tetapi masing-masing adalah berbeza. 

Sentiasalah mujahadah dan meletakkan pergantungan serta menyerahkan segalanya pada Allah semata, mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan yang ikhlas... di mana iblis langsung tidak mampu menyentuhnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan