Selasa, 7 Mei 2013

Ada Hikmah yang Belum Bersinar


Benar. Sedih. Memang sedih. Admin memahami perasaan2 penyokong PAS dan PR . Kita berjuang dan belum ada rezeki lagi dapat menikmati kemenangan keseluruhannya.

Namun, saya ada terjumpa SATU artikel SIRAH JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW yg menyebabkan hilang sedikit rasa sedih admin. Mungkin juga yg sedang bersedih sekarang.

Sama2lah hayati SIRAH ini agar terubat sedikit rasa kecewa dan kesedihan itu :

Daripada Abi Abdullah Khabbab bin al Arat beliau berkata, "Kami telah mengadu kepada Baginda S.A.W sedang Rasulullah pada ketika itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah beralaskan serban. Maka kami bertanya; Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?"

Maka berkatalah Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruh daging dan tulang-belulangnya, namun demikian mereka tidak memalingkan daripada agama. Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah permusafiran dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi ditakuti melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kalian adalah golongan yang gopoh." (Riwayat Bukhari)

Keghairahan untuk meraih kemenangan perlu ditenangkan seraya kita merujuk kepada manhaj perjuangan Nabi kita Muhammad S.A.W tentang bagaimana Baginda S.A.W membina kemenangan.

Hadis yang ana bawakan adalah sebagai renungan kita. Ia memaparkan bagaimana sikap Nabi S.A.W di saat berhadapan dengan keadaan yang sangat kritikal, apabila para sahabat sering diseksa dengan dahsyat oleh kaum kuffar musyrikin.

Antara mereka ialah Khabbab al Arat yang disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya. Kesan penyeksaan tersebut meninggalkan parut yang sangat hodoh kepada diri Khabbab. Satu ketika Khabbab inilah yang pergi bertemu Nabi S.A.W, ketika Baginda sedang beristerehat di tepian Kaabah lantas bertanya, "Apakah Tuan tidak berdoa kepada Allah agar kita menang?"

Sahabat Pemuda seperjuangan sekalian....

Yang bertanya ialah insan yang berjuang malah menghadapi penyeksaan dahsyat oleh musuh-musuh Allah dengan begitu tabah sekali. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk pertahankan prinsip dan pegangan agama. Insan yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan suci ini, tiba-tiba nilai perjuangannya dijawab oleh Baginda Rasulullah bahawa orang terdahulu lebih teruk menerima penyeksaan dari musuh-musuh Allah sehingga ada yang digergaji kepalanya, sehingga terbelah dua dan jasadnya disikat dengan sikat besi sehingga bercerai-berai daging daripada tulangnya, namun mereka tetap mempertahankan agama.

Kemudian Baginda Rasulullah melanjutkan teguran, kamu yang datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan